Crimson Resort and Spa Mactan, Lapu-Lapu City, Philippines salah satu lokasi yang terbaik dan berprestij tinggi perlancongan di antarabangsa. Mempunyai pantai persendirian yang menarik dan perkhidmatan SPA yang cukup menyenangkan. Selain daripada itu, terdapat kolam renang yang luas dan selesa berhampiran dengan pantai. Keindahan alam semula jadi Crimson Resort and Spa Mactan mendapat kunjungan pelancong antarabangsa. Lokasi 20 minit daripada Mactan International Airport.
Kawasan ruang penyambut tetamu sungguh indah dihiasi dengan konsep istimewa Philipina. Terdapat juga ruang permainan untuk kanak-kanak berhampiran dengan pemandangan pantai. Crimson Resort and Spa Mactan juga mendapat pelbagai anugerah antara perkhidmatan hotel dan resort dan terbaik di peringkat negara mahupun antarabngsa.
No comments:
Post a Comment